BSMM Cabang UKM telah ditubuhkan pada 4 Januari 1986 dan dilancarkan 13 September 1986 atas semangat perikemanusiaan dan untuk memberi khidmat sukarela kepada mereka yang memerlukan. Bibit-bibit kecemerlangan telah dilihat apabila pengiktirafan sebagai Daerah Kecil (DK) dijalankan pada tanggal 19 Jun 1988. Pada tahun 1996, PBSMM DK UKM telah diiktiraf sebagai Cabang dan dikenali sebagai Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang UKM.
Pada tahun 2004, PBSMM Cabang UKM telah mendapat kelulusan pendaftaran Detachment (88) oleh pihak Ibu Pejabat Kebangsaan (IPK) dan Cawangan Selangor. Detachment Dato’ Onn (88A), Aminuddin Baki (88B), Rahim Kajai (88F), Ibu Zain (88G), Keris Mas (88H), Pendeta Za’aba (L) Tun Syed Nasir (88W) & Tun Dr Ismail (88W) dan Tun Hussein Onn (88Z).
Penjenamaan semula PBSMM Cabang UKM kepada BSMM Cabang UKM pada tahun 2007 selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis BSMM ke-116 pada 25 Mac 2007. BSMM Cabang UKM terus menuju ke arah kegemilangan dan kecemerlangan berbanding persatuan-persatuan lain di UKM.